Ini agak mengecewakan bagi mereka yang
bersusah-payah melakukan senaman bagi menurun badan.Anda berjaya mendapat berat
badan yang sesuai tetapi lebihan lemak yang hilang menyebabkan kulit lebihan
jatuh dan kendur.
Cara yang paling cepat dan berkesan membuang
kulit lebihan melalui pembedahan, ia agak mahal serta risikonya agak tinggi.
Jom kita lihat cara semulajadi untuk menegangkan
kembali kulit kendur dengan cara yang selamat dan semulajadi
Minum sekurang-kurangnya 8
gelas sehari.
Lapisan kulit akan bertambah
baik dengan pengambilan air yang banyak.Kulit menjadi lebih elastik,jika
ditarik ia akan kembali seperti asal tidak pada kulit kering.Amalkan minum tehhijau
setiap hari ini kerana teh hijau mengadungi anti oksida yang baik
Lakukan senaman untuk otot
Senaman mengangkat berat, boleh
dilakukan di gym atau di rumah sekurang-kurangnya 2 minggu sekali.Senaman otot
ini tidak akan menghapuskan semua kulit kendur anda tetapi ia membantu membentuk
badan menjadi lebih menarik.
Makan banyak buah-buahan dan
sayur-sayuran.
Vitamin dalam buah dan sayur
dapat membantu menyuburkan kulit Contoh seperti buah limau
dan bayam kandungan vitaminya
sangat baik untuk membina kesihatan kulit dari dalam badan.
Sapukan minyak vitamin E pada
kulit.
0 comments:
Post a Comment