Antara sebab terbaik kenapa kita perlu minum air kosong
Jika anda tidak minum air, anda akan mati. Memang itu yang paling penting. Kita boleh hidup
tanpa makanan tapi kita tidak boleh hidup tanpa air.Badan hanya mampu bertahan
dalam seminggu tanpa air selepas itu kita mungkin mati kekeringan atau
dehidrasi.
Mencegah dari kanser.
Mengurangkan risiko terkena kanser kolon dan kanser pundi kencing , dan
mungkin mengurangkan risiko kanser payudara .
Mengawal perasaan lebih baik.
Kekurangan air boleh
menjejaskan jiwa dan perasaan,anda akan mudah marah serta emosi asyik
tergangggu.Fikiran akan lebih jelas dan lebih bahagia dengan meminum lebih
banyak air.
Kesihatan badan lebih baik.
Air meningkatkan tahap kesihatan badan dari segi fizikal ke
tahap yang lebih baik. Otot manusia yang baik memerlukan 45 peratus air untuk
bergerak.Kekurangan air menyebabkan otot menjadi lemah,mudah letih , pening dan
ketidakseimbangan fungsi badan.
Mengurangkan berat badan.
Bagi anda yang cuba untuk menguruskan badan, minum air
ketika lapar.Anda akan makan lebih sedikit
ketika makan.Ini kerana perut sudah kenyang. Sebenarnya apabila kita
merasa lapar kita berasa lebih dahaga
Mengurangkan sakit sendi.
Mampu mengurangkan sakit pada sendi dengan menjadikan tulang
rawan lebih lembut agar mudah bergerak
ketika tulang bergeser.
Membuang toksin dari badan.
Sistem penghadaman kita memerlukan air untuk berfungsi
dengan baik.Selepas minum biasanya air akan keluar melalui peluh atau air
kencing. Jika kita tidak minum air, badan kita tidak mampu mengunsir sisa toksik badan dan jika toksik terkumpul ia akan mendatangkan pelbagai masalah. Air juga
dapat menyembuhkan penyakit sembelit.
Mencegah sakit kepala atau imgrain.
Sakit kepala boleh terjadi disebabkan oleh kekurangan air,
jadi air minum boleh mencegah atau mengurangkan sakit kepala agar peredaran
darah di kepala berjalan lancar.
Membuat kulit anda lebih sihat dan cantik.
Pengambilan air yang tetap dan banyak membantu membina sel kulit baru,ini boleh
meningkatkan warna dan tekstur kulit lebih sihat dan cantik.Berpeluh juga
mengawal keseimbangan pada kulit agar bekerja dengan baik.
Mengurangkan risiko penyakit
jantung.
Satu kajian selama enam tahun pada tahun 2002 oleh American
Journal of Epidemiology mendapati mereka yang minum lebih daripada 5 gelas air
sehari adalah 41% kurang berisiko meninggal dunia akibat serangan jantung.
0 comments:
Post a Comment